Wanita Solehah : Penyeri
Taman Syurga
Muslimah : Puteri Islam Yang
Sejati
Wanita ibarat bunga... cantik indahnya
pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia,
hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah
cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila
dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga
kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata
kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi
nilainya....
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang
demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di
pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip
oleh wanita solehah.
Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang
solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai
isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan
pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah
diri hanya kepada-Nya...
Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang
samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada
Allah...
Firman ALlah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud...
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita
sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka
tidak dianiaya walau sedikitpun."
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya :
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR
Muslim
Wanita Menurut Perspektif Islam
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai
peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling
melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang
berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap
lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah
telah berfirman,
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh
baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk
ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa :
124. Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita
sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud :
"Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang
ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik
dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." HR
At-Tirmidzi Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan
menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud....
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran
mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas,
jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu
membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita
kamu." Al-Bukhary dan Muslim
Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita
yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu
lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri merek dengan kekuatan
mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu
kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk
memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan
dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak
pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan
kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan
keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita menurut perspektif Islam adalah : Wanita
diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati.
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung
dan merasa tenteram kepadanya." Ar Ruum : 21
Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. "Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan
sayang." Ar Ruum : 21
Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi
pendidikan. "Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis
kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan
cucu-cucu." An Nahl : 72
kelebihan wanita
fiqh wanita
wanita sebagai anak
wanita sebagai isteri
wanita sebagai ibu
wanita sebagai anggota masyarakat
wanita yang dimurkai ALlah
wanita bekerja menurut pandangan islam
Wanita Tauladan.. Hayati kisah perjuangan mereka dalam
mencari redha ILlahi...
Siti Fatimah : Penghulu Wanita DiSyurga. Siti Hajar
Khaulah Mujahidah Sejati Zainab Al-Ghazali al-Jubaili
Tidak ada komentar:
Posting Komentar